Isnin, 26 Disember 2011

Kau sayang pakai..

Assalamualaikum wbt.

>>>> :D
>>>:d
>>:)
>:]
... :|
-__-

Mengeluh. Betapa banyaknya drafts yang tidak ter-publish rupanya.

Ada beberapa yang sudah menjadi entri lengkap. Namun apakan daya, sudah taip panjang-panjang terasa entri tu kurang ilmiah pula. * Lagak seperti entri-entri sebelum ni berilmiah sangat la kan ? Haha.


Manusia yang ghairah menulis dahulu sudah tiada. Tiada masa dijadikan alasan murahan. Terbiasa.
Mungkin kerana kehadiran handphone Blackberry yang meletakkan jaringan sosialku dihujung jari sehingga aku tidak berpeluang lagi untuk menjadi seorang yang kritis ( baca; kritik) dalam kehidupan. Buat sekian kali, ada saja benda lain yang nak dipersalahkan. Teruk oh teruk.

Introduction rasanya biarlah sampai sini sahaja.

Blog ni kalau dibaca dalam layout timeline, entri terakhir adalah waktu cuti semester semester 3 hari tu. Dalam jangka masa tu, terlalu banyak benda yang berlaku. <-- Bajet artis. Padahal.. Non-hado ? :p


Secara ringkas,

result semester 3 > pulang ke UiTM > berjimba bersama rakan-rakan > gugur taraf sebagai pelajar UiTM Kampus Machang > kembali ke kampung halaman > penganggur > kini kembali belajar :D

Tak awesome langsung kan ? *boo* Sebenarnya dalam pada ringkasan tu adalah macam-macam lagi kan. :) Untuk diterangkan satu persatu, aku bukanlah kepopsetar. >.<

Cerita sekarang. Semakin jauh dari rakan-rakan yang dulunya, tulaaa kawan lepak off class.. tu laaa kawan dalam kelas.. tu laaa room mates.. tu laaa kawan bertekak time deadline assignment makin hampir.. tu laaa kawan menangis.. wuuuu. Benci taip secara detail. -__- Pokoknya, kalian nampak motif aku kan ? *Aku rindu mereka !

Bila dah jauh macam ni, kesetiaan persahabatan teruji. Kau ingat bercinta ja ka ada badai ombak ?

Highlight utama entri kali ni adalah kesetiaan dimana pada hujung entri kau akhirnya mampu kenal yang mana sayang sayang dimulut.. juga sayang sayang dihati.

Walaupun muka aku ni.. *depa kata* macam aumm aumm rawr atau bahasa saintifiknya, tiger, dalam bahasa metafora versi ikutdenlah, garang. Ya, mereka definisikan aku macam harimau yang sombong juga garang. -___________- tapi percayalah, aku sensitif dalam hal yang melibatkan hati, perasaan juga relationship antara teman-teman ni.

Zaman sekolah banyak ajar aku macam-macam. Tapi dekat universiti ni lagi macam-macam. Kalau dekat sekolah menengah aku belajar, kawan sekolah dekat sekolah la. Jarang aku libatkan kawan sekolah dalam personal life. Yang mana bertuah tu, aku masih contact sampai hari ni. Motif aku ? Orang tu bukanlah kawan dalam erti kata sebenar kalau dia tak khatam baik buruk aku. Yang mana lucky tu pon tak la lucky mana sebenarnya. -_- Ada aku sebagai member sangatlah annoying. Tapi aku bersyukur ada mereka sebab, baiknya aku, buruknya aku, diorang masih sayang aku. :')

Aku mungkin tak ekstrem dalam persahabatan macam.. seorang hamba Allah s.w.t yang aku kenali. Dia pernah keluarkan satu statement dalam satu pergaduhan kecil yang kebetulan aku saksikan..

"kau tau aku macam mana ! Aku sanggup matilah kalau kau betul-betul kawan aku, bangsat . Eh sial. Kalau macam ni la cara kau berkawan, setitik darah pun aku tak sudilah titiskan untuk kau."



Perbualan di atas adalah perbualan benar yang berubah struktur ayatnya tapi betul-betul inilah yang hamba Allah tu katakan. Bukan aku punya ayat, serius.

Yeap. Aku tidak se-ekstrem ini. Mungkin belum tahap halang peluru guna badan aku. Belum.. Tapi ya, aku sayang kawan-kawan aku. :)

Patah balik topik asal. Macam mana nak tahu sayang-sayang dimulut dengan sayang-sayang dihati ?

Banyak aspek perlu dilihat. Perihal yang melibatkan hati manusia ni memang agak complicated.  Hati manusia kan cepat berubah. Tindak-tanduk juga unpredictable. Hari ni sayang, esok benci. Lusa sayang balik.

Maka, entri aku valid pada saat entri ini ditulis sahaja.

Pada pendapat akulah...

Sayang-sayang dimulut ni kan bila,
Kau hanyalah kawan bermusim/berkepentingan.

Hadirnya kau time dia betul-betul perlukan bantuan. Ada sesuatu pada diri kau yang sangat beneficial kepada seseorang itu. Tak kisahlah dari segi material ke.. politik organisasi ke.. Jadi, at that point of time, kau sangat-sangat berguna. Maka pihak yang menggunakan kau tu cenderung kata, you are my best friend forever. I love you. Tapi jangan terpedaya, sayang yang dia ucapkan tu ada expired date. Cukup masa, bunga dia hantar. Itu pun kalau untunglaa. Kalau tak untung, kau ibarat melukut di tepi gantang. Bila kau sudah lagi tidak bagi benefit dekat dia atau sekadar menyusahkan, bye.


Kau tiada kesan dalam hidup dia



Ada ke kau.. Tiada ke kau.. Not much difference. Bagi si pelaku, memanglah dia cakap sayang tapi hakikatnya kau tak adalah bermakna pun dalam hidup dia. Contohnya, kau terpaksa pergi jauh-jauh. Kebarangkalian untuk bersama-sama setiap masa tu sangat tipis. Memanglah dia dakwa diri dia sangat sedih, tapi without you life is as per NORMAL. Sangat normal. *kalau rasa nak argue, sila baca no 2 sayang sayang dihati.

komunikasi sehala/ tiada hala

Benda ni juga boleh lihat setelah beberapa tempoh kau pergi tinggalkan/ tiada didepan mata manusia sayang dimulut ni. Ia adalah ketiadaan effort untuk berkomunikasi LANGSUNG. No. Tiada. Biarpun orang cakap, jauh dimata dekat dihati. Tapi kalau tiada komunikasi yang baik, seutuh mana pun perhubungan, jahanam juga. Mungkin orang boleh argue, tak semestinya tak contact tak sayang. Betul lah tu.. Tak akan nak message/call hari-hari ya tak ? Masing-masing pun ada life sendiri. Tapi, kamon la ? Sekali sebulan ? text hai.. good morning.. Bukannya susah nak ceriakan hari orang. Good morning text pun cukup. Berat ke nak reply ? Biarpun kau bangun tengah hari.. Reply la, Good afternoon. Moga hari awak juga diberkati. Sekecil mana pun kau rasa effort kau tu, kau takkan pernah tahu betapa besarnya hati orang yang sedar dirinya dihargai. Orang yang sayang-sayang dimulut ni bakal sentap kalau baca. Hopefully tak ada lah yang baca entry ni jenis sayang-syang dimulut yaa.




Manakala sayang sayang dihati,

Sayang bukan perkataan murahan


Selalunya tak terungkap banyak kali pun kalimah sayang tu. Sebab manusia ni kan ada egonya ? Lagi kita sayang orang tu lagi kita deny perasaan. Tak macho la sebut banyak-banyak kali kan ? Tapi sekali-sekala tu sangat istimewa. Seriuuuuuuus. Dalam persahabatan, kau sayang seseorang tu kadang-kadang bukan sebab dia sentiasa ada dengan kau. Tapi dialah manusia yang kau tahu jauh mana pun kau pergi, banyak manusia mana yang kau berkawan, tak akan ada dah orang yang sebijik macam dia. Juga, the thought of losing them je mampu buat hati kau sakit dan mampu menitiskan air mata kerana itu. Kau ingat senang ke orang nak nangis untuk kau sebab sayang kau seikhlasnya ? Kalau kau rasa senang, you haven't live this life properly wei.

 Tiada ganti



Mungkin ada yang argue bila aku kata orang yang sayang dimulut ni hidup secara NORMAL. Tapi tapi jangan salah faham, bukan bermaksud dengan ketiadaan kau dia perlu melalak menangis sepanjang hidup dia. Bukan itu maksud aku. Tapi perginya kau bawak a little piece of dia punya hati sekali. Dia mungkin tidak mati, tapi tanpa kau, it won't be the same anymore. Faham tak ? Kau takkan benar-benar faham perkara ni kalau kau tiada seseorang yang kau sayang dalam erti kata sebenar bawak pergi a little piece of your heart. Masih belum cukup sayang kau pada sesiapa sebenarnya.



Komunikasi dua hala/ terhala




Berbeza la dengan orang sayang pakai hati ni. Dia haruslah kontra dengan orang yang sayang dimulut. Komunikasi dia juga tak semestinya hari-hari. Tapi masing-masing punya effort untuk keep the brotherhood/sisterhood tu berkekalan. Dunia makin canggih. Paling common text yang tak sampai seposen. Nak nak pada zaman semua orang berkejar nak pakai smartphone ni. Access to bbm, whatsapp, pingchat, twitter, semua dekat hujung jari kot ? Hampir mustahil kalau nak salahkan sistem komunikasi sebagai punca terputusnya hubungan dalam dunia sekarang ni. Segalanya dipermudahkan. Pokok pangkal semua atas hati manusia.Tak kisah la apa akan terjadi pada masa akan datang, yang pentingnya waktu sekarang ni. Take care of everything that important to you. Bunga pun mati jugak kalau tak jaga kan ?

Maka, tamatlah entri ni. Happy reading ! Saya perlu belajar sekarang. Wasalam.

Sincerely,
Najla


Iklan


Well, antara yang dirindui..







p.s Not in the picture ? It certainly NOT because I don't miss you. Awak tahu siapa awak kan ? Ya, awak tuuuu. :)

3 ulasan:

  1. wah ! hebat entri najla...salute la, hee. awin rse awin ade la kwn yg sayang2 dimulut tu, sedey sgt ble kwn yg declare kwn baek, x ambk tau da pasal kte kn??? wateva it is thnx 4 share a great info hehe :P
    p.s: trse la najla ckp 'not in the picture because i dont miss u'. hbs tu awin xde dlm picture tu cmne??? hahahaha :DD

    BalasPadam
  2. Aweeeeeeeeeeeeeen ! Najla tulis NOT because I don't miss you la. Bukan bukan. Haha. Kalau nak letak setiap gambar dalam folder tu mau berjam-jam nak tunggu upload. Hehekk ! Mestila rindu awin :')

    BalasPadam
  3. hehe i know....saje je nk touching2, tp mmg ayt die cm confuse ckit, awin ok je....keep it up 4 the new entri haha :PP
    p.s: najla sgt kreatif ;)

    BalasPadam