Hanya Najla

Rabu, 30 Julai 2014

Raya Ketiga vs Intern Picisan

Pageviews naik mendadak hari ini. Gara-gara punya sahabat menyandang jawatan Search Engine Optimization (SEO) Trainee yang rajin stalk orang. *Mohon tersedak. Muaha.

Juga, yang acah-acah busy di level 26 MISC tu.

Hehe.

Assalamualaikum semua ! Pejam celik, syawal ketiga dah. Esok masuk kerja balik. Semenjak seminggu lepas, NJ sudah menajdi warga kota yang keluar pagi-pagi dan pulang lewat malam. Belum bekerjaya lagi. Hanya intern picisan di sebuah syarikat gergasi Malaysia. Yang menjadi tunjang ekonomi Malaysia. Yang menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat. Yang.. Yang... Sekian melobi. Semua boleh agak ya tak ? Balik raya macam ni, stesen hijau dia selalu penuh. Lagi-lagi station yang canggih tu. Ada Starbuck Drivethru hohoi. Kemain. Tak boleh agak lagi ?

Anyway, to sum up, it was a fun start. Kebetulan NJ masuk betul betul time major event of the year. Where they appreciate all those employees by celebrating them for a long service award. Maka, begitulah. Hari-hari yang sibuk bakal memenuhi bulan-bulan NJ berpraktikal di sini.

Kawan-kawan yang lain, 4 Ogos baru mula. Let see how they going to survive the torturous day one. Muahahaha.

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin Semua !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan