Hanya Najla

Rabu, 11 Ogos 2010

Chapter 1 ; Introduction to University Life

Sejak kebelakangan ni, aku selalu je post tak ada gambar. sumpah, bapak plain kan entri? sorry.

terlalu banyak benda nak story sampai aku tak tahu mana nak mula. So entri kali ni aku start dengan introduce tempat tanah aku pijak untuk menuntut ilmu. Aku dah ready dah nak share. Basically aku sekarang student UITM Kelantan. -_-' kenapa aku buat emoticon macam tu? HAHA. sebab..

 aku pernah melalak sebelum sampai sini. Terasa aku didiskriminasi oleh kerajaan dengan meletakkan aku di tempat yang aku kira, ulu, ortodok, tak membangun dan bla bla.( kalau nak compare dengan Kuala Lumpur, MEMANGLAH ) Jujurnya aku pernah solat hajat, bagilah aku dekat mana pun, bukan dekat sini. Tapi.. sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kita tidak ketahui. IT TURNS OUT WELL AFTER ALL.


 tapi aku dah boleh dah adapt. orang kata, dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. cuma aku tetap mencintai tempat aku membesar. :)

so enjoy. elaborasi untuk entri kali ni aku buat dalam keadaan rush tapi demi kesayangan-kesayangan, digagahi juga ! :D

 Landskap dan Bentuk Geografi Uitm Manchester.



 fuh fuh fuh. kalau Batu caves jadi kayu pengukur, aku rasa dah berpuluh kali aku turun naik Batu caves. Kedudukan kolej yang nun jauh dekat puncak Bukit Ilmu buat aku terpaksa menapak berkiloooo untuk sampai naik atas. Nak pergi menuntut ilmu susah, nak balik rehat pun susah. tapi lama-lama.. aku berkata dalam hati, apa ada hal ? setakat tangga je kot. niat aku ikhlas pergi kelas. HAHA.

Dekat dengan Kolej Tunku Abdul Rahman ada tasik. Tak berapa nak besar tapi setakat nak jadi port lepak tunggu gewe memang ngam habis. HAHA.

Yang best, pagi-pagi bangun. bukak tingkap, menghadap hutan, terasa macam dekat Genting Highland. Sejuk dan berkabus ! :D

 Makanan

 part ni, I am happy ! Walau hari-hari makan jamak.. aku panggil BruNner. iaitu singkatan dari Breakfast, lunch and dinner. fuh, nak pergi makan pun jauh. ! ~_~ so, menu paling sedap, nasi kukus, nasi kerabu atau tom yam. nak makan nasi campur , aku cuak sebab takut manis. -_- aku pernah makan nasi ayam yang sambal dia MANIS gila. terus stop selera. jimat-jimat juga lah sebab terasa diri sendiri keluar duit.

 Kelas

 okay je part ni kecuali aku blur-blur tahi kambing time account. apa yang miss merepek aku tak berapa nak tahu. style belajar sekarang Student Centered Learning, so Lantak Dek Kaulah <-- kata lecturer. Budak kelas majoriti asal Kelantan, tapi Class Rep orang Kuala Lumpur. HAHA. best dapat mendominasi pentadbiran kelas.

 kawan-kawan


bye.




nj siggy

2 ulasan:

  1. caya lah najla!!! kalo jd btu pengukur..mmg dah bpuluh2 kali kte naik trun batu caves!!! waaarrrgggghhhh!!!

    BalasPadam
  2. hahahahhahhahaha. veryyy truee my dear nazreen. lain kali lalu depan batu caves, sambil berkata,

    eleh, apa ada hal, batu caves je kot. ;p HAHAHAH

    BalasPadam