Hanya Najla

Khamis, 19 Ogos 2010

Chapter 2 ; University and Laws.

Assalamualaikum. * sambil menepis-nepis serangga hijau yang bermaharajalela dalam bilik ! * sumpah annoying. Wahai pihak-pihak tertentu, tolong lah DO SOMETHING ! hell. okay-okay ter'emo' sekejap dengan kehadiran rejimen serangga yang cuba melancarkan perang untuk menjajah bilik. ~_~ HAHA.


enough pasal bala tentera serangga hijau. pfft.

So. Hari ni nak cerita tentang undang-undang di universiti~ fuhh. sejak kebelakangan ni isu ni semakin mendapat perhatian aku. Security Guard atau nama glamer dia pak guard / pok cik guard / abe guard adalah salah satu badan pelaksana undang-undang di universiti kan? ada kuasa menegur dan saman. perggh.

 nak jadi cerita, lately banyak pulak kes saman menyaman yang aku dengar. atas kesalahan apa pun aku tak tahu.. kesalahan kliche adalah sahsiah rupa diri. like what the fudgecake lah kan?? agak biased juga lah. yang patut kena tahan tak di tahan. yang tak berapa nak bersalah kena tahan?

 yang blond rambut sebatu boleh nampak karat boleh relax lepas lalu post guard tu.. yang bertudung litup, baju longgar kena tahan? fuh, agak melampau. Kata mereka, jeans tak ketat maksudnya seluar yang kalau masuk satu pen boleh jatuh keluar.. tapi bila pakai seluar jeans beggy ala-ala hip hop ditahan juga kerana tak kemas. fudgecake betul ~

 aku tak kisahlah kalau dah betul tak ikut rupa sahsiah kena warning or saman, tapi BE FAIR. apa kejadahnya, ulat gonggok seberang sungai nampak, dinosour depan mata tak nampak.sebenarnya sangat ramai yang panas hati tapi diam-diam sudah. kata karam singh walia, terbakar kampung nampak dah dari sebatu, terbakar hati siapa yang tahu. * memandai aku je* HAHAHA.

 fasal sahsiah rupa diri tu, aku pun malas nak mention lebih-lebih coz aku pun bukanlah ikut sahsiah rupa diri -______- naughty kan? HAHA.





Lagi isu yang buat budak-budak sakit kepala bila.....

 baju yang disidai dirampas -_-' HAHA. rules dekat kolej lahabau <-- bak kata anak pacek Baharuddin tersangat ketat. tak boleh sidai baju dekat balkoni. tak boleh sidai baju dekat dalam bilik ( ?) tak boleh.... tak boleh.. tak boleh.. FAHAM TAK BANYAK YANG TAK BOLEH ?

 room mates aku tiga-tiga masa dah masuk dalam sistem. kata orang pejabat kolej, kalau nak meng'non-resident'kan orang next sem, nama-nama yang ada dalam sistem dekat atas sekali. macam celaka kan? fuh, dahlah kami perantauan ( kecuali mek kelate dua orang tu ), di uji lagi dengan benda karut marut ni. Nama aku masih bersih.. tapi esok lusa tak tahu lah kan?

Pendapat aku dalam hal ni.. aku rasa, mereka sangat desperate nak cari salah orang maka next sem senang lah dia orang meng'NR'kan orang.. ;) teringin sangat nak kata, ingat aku hadap sangat nak duduk sini? tapi fikir balik, tak jadi sebab aku datang menuntut ilmu. :D


akhir kata, apo-apo ee lahh.




nj siggy

4 ulasan:

  1. serangga2 hijau tu, at least in my hear, sounds better than Charlie yg amat menakutkan!!! will blog about it later.. xm week now -_-

    BalasPadam
  2. oh my dear zaffy... naj baru recover dr kena Charlie's BITE. my wrist got all reddish and hurt SO BAD. now, ada parut. DAMN it. stupid Charlie aytteeee??

    BalasPadam
  3. eh. charlie ni mmg serangga rasmi UiTM ke ape?
    budak2 ladang UiTM ternak charlie ke haaa? xde menatang lain ke nak ternak?

    btw, dahsyat siot unit kolej u olls. sidai baju dlm bilik pown x boleh?

    btw, pak guard korg tak se hot pak guard ktorg. hehehe. pak guard ktorg hensem2 belaka yer ;)
    *tipu. baru 3-4 org je yg handsome out of berpuluh2 pak guard. yg lain gendut. tak gendut kurus kering. yg sedap2 badan tuh x ramai. tehee =D*

    BalasPadam
  4. syiqa, ada jugak yg hot tp reject awal-awal la. ore kelate sejati. tak boleh sbb tak faham. heeee...

    BalasPadam