Hanya Najla

Rabu, 22 Disember 2010

Aku dah habis SPM. Korang ?

Menggelabah.

Itulah perkataan yang pertama menerjah otak aku bila cousin aku cakap dia pergi cari kerja. HAHA.

Bila aku fikir balik, patut lah. Dah habis SPM rupanya. -__- Patut lah beriya.

Aku kira sekarang semua budak dewasa yang habis SPM ni rasa heaven gila kot sebab dah habis sekolah ya tak ? Macam aku dulu.Tak boleh blah.. Dulu tu tahun 2009. lama sangat ah kan ? *poyo doe minah ni ? grr*

Haha.Teringat memori tahun lepas, last paper Chemistry yang sememangnya aku tak ada kimia langsung lah kan. Habis je berpusu-pusu keluar dengan muka bajet-ceria-padahal-tertekan-tak-tau-jawab-apa. Petang tu rasa best je. Main sign-sign baju. Baling-baling tepung.

Err, sangat kebudak-budakan ? Then melangkah keluar pintu sekolah dengan muka tak boleh blahh muka budak habis paper lah katakan ! Tahun lepas budak sains poyo sikit sebab habis awal dari yang lain. Nasib tak kena sekeh je dengan budak-budak lain sebab terlampau yoyo-O. Sampai tahap, keluar pintu pagar stock senyum je tak berhenti. Balik pun mak cik iceblended tegur 'dah habis ke ?' Terserlah pancaran bahagia macam dah tertulis kat dahi pulak.





Itu lepas habis paper.

Lepas tu seminggu berlalu. Then dua minggu dan seterusnya. Mula lah kelam kabut sebab bosan gila ? Hari tu beriya nak relax puas-puas. Hambek kau. tak ter'relax'. Padahal sebelum tu dah ada siap list 'things-to-do-after-SPM'. Poyo gila kan ? Tapi yang ado lah dek non oi, habuk je. Tak semua dalam list tu terbuat.

Mana tak nya.. List dia macam ni.

Hias bilik.

Decorate bilik jadi ala-ala surfer girl themed. ( ? ) haha. celah mana nak dapat feeling tepi pantai tuh ?

sudahnya yang mampu direalisasi bilik umpama bertema Zoo dan kredit diberi kepada zoo negara sebagai inspirasi. muahahahaha.

Belajar bahasa

Hajat nak belajar yang hotverydevass seperti Jepun/French/Korea/German tapi bahasa tamil dan cina je yang mampu. Free op charge. Terima kasih kepada sahabat handai serta pacekmacek yang duduk di area Batu Caves ni. Iwuvvvyouol. 1Malaysia. agagaga.

Skrip terbangkai terbengkalai

Nak sambung penulisan yang tak sudah sudah. tapi hampeh. alasan ? semuanya berkait. Ingat nak hias bilik dulu baru dapat inspirasi nak menulis. tapi sebab tak settle yang tu, yang ni tertangguh. *der, kalau dah pemalas tu alasan bangang macam ni pon kira masuk akal jugak an ?*

Dah. panjang lagi list sebenarnya tapi Un-ada. Nadai !

Tapi yang terlaksana, impian nak bekerja. Yeay. Aku pernah kerja ! At least bila orang tanya tak lah segan. HEHE. Bajet dewasa bila dah kerja. Menjawat jawatan sebagai shop assistant di Foto Point KLCC memang terbaik. Macam-macam. Boss sporting. Taiko-taiko yang menjaga diri ini dari dingorat pacek berbangsa Afrika dan juga Bangladesh. Nancy si macek penyelamat. Tak lupa Shah.  * wa dah janji dengan mamat ni nak datang tapi tak datang-datang. SOEI. err jangan risau kerana hajat nak beli Mini Instax dari pacek tiger. Murah bole ? Dah berhabuk Mini Pink polaroid toh.


Tu jelah. harap-harap adik adik yang dah habis SPM tuh ambik lah 5 bulan ni untuk korang menimba sebanyak pengalaman yang boleh sebelum sambung study. Ini jelah pn rehat korang yang terlama. takkan nak duduk je kat rumah kan ? Jangan terlepas peluang yang berharga. Lepas sambung study, jangan harap lah nak buat semua benda yang dalam list tuh.

Suggestion.

kerja. short course. lesen. Timba ilmu banyak banyak okay ?








nj siggy

6 ulasan:

  1. u habis spm! saya result pmr esok. arhhhh :(

    BalasPadam
  2. seronok ye dah habis spm..all da best!

    BalasPadam
  3. wikiwiki , kita lak nak hambek spmm . haishh cant waitt ! *freak LOL

    BalasPadam
  4. Mimi ; Good luck esok !

    farhana ; muahaha. seronok tahun lepas lahh. tahun ne saket kepala fikir masuk sem baru. ngee

    aesya ; muahaha. berthaun dah habes.

    aishah ; good luck sister ! chayook, meh teman akak kt kelantan neh. ;)

    BalasPadam
  5. langkah pertama apa tujuan dlm idup...lepas spm...;d

    BalasPadam