Hanya Najla

Ahad, 6 Mac 2016

Blog. Masih relevenkah ?

Bismillahirahmanirahim.

Masih relevankah berblog pada tahun 2 0 1 6 ini ?

 Aku terpanggil untuk menaip entri ini kerana years has passed since I last blogged. Kalau pun ada update, cuma sejenis entri tanpa passion.

Entah ke mana lenyap semangat, serius aku tak tahu.
Mungkin faktor transisi hidup. Mungkin.

Tahu apa yang aku paling rindu tentang berblogging ?

Komuniti yang sangat baik dan ada elemen personal touch.

Isu sekarang, terlalu banyak posers.
Copycat of others.
Hipsters.
Hamsters.

Kebaikan berblog mengikut hemat aku

1. Lebih kritis

Umumnya, kita akan lebih peka dengan hal semasa. Menulis dan research berpisah tiada. Jadilah warga media sosial yang bertanggungjawab yang menyebarkan informasi sahih. Say NO to keyboard warrior ! :)

2. Share pengalaman

Especially kalau kau traveler tegar. Your personalised stories will help adik-adik yang baru belajar nak kenal dunia. Ini tolong aku paling banyak waktu mula-mula cuba backpacking.

3. Level-up kemahiran menulis

Dah tinggal lama, jadi kaku nak mula. Padahal dulu dah level-level kokping. :p Tapi ini hal serius. Bukan mudah nak taip entri tanpa disalah entri. Ini bukan macam sembang kedai kopi. Tak ada hujung pangkal boleh ketawa bergegar meja.

4. Sejenis methodology untuk berbicara hal yang sulit

Pernah tak kau cuba berbicara namun tak didengar ? Macam lagu Agnes Monica tu. Kadang-kadang face-to-face confrontation ini terlalu kasar. Untuk jiwa-jiwa halus ni, pendekatan ayat-ayat level Wani Ardy atau Fazleena atau Fynn Jamal baru boleh orang faham. Kot ?

Hihi.

Itu sajalah.
Cukup kot setakat ni untuk entri comeback ?

Till the next time.

xoxo,
Njlarosevns

Tiada ulasan:

Catat Ulasan